3 Pembekal Produk Dropship

Assalam,

Jika anda ingin bermula dalam bisnes dropship saya sarankan anda mencari supplier(pembekal) yang boleh dipercayai. Pembekal adalah orang yang menjalankan bisnes tersebut dimana mereka akan terima bayaran dari anda dan tugas menulis borang pos serta tugas yang tak asing lagi ialah mengepos tempahan yang diterima. Jadi, sebagai pembekal  produk dropship bukanlah sesuatu perkara mudah. Kalau stok habis, kita juga la yang kena cari !..

Untuk menjamin barang yang dipos sampai, saya menyarankan anda mencari pembekal dropship yang jujur. Saya ada beberapa pautan website untuk beberapa produk dropship yang mungkin anda minati antaranya ialah, sila lihat kategori dibawah :

cc : livemint
Kategori produk untuk pembekal dropship :
  • Produk bayi, kanak-kanak dan juga ibu
  • Beg
  • Kesihatan dan kecantikkan
  • Buku dan alat tulis
  • Kamera
  • Kereta dan automotive
  • Pakaian wanita/lelaki
  • Koleksi peribadi
  • Komputer
  • Peralatan elektronik
  • Kaca mata
  • Perkakas fesyen
  • Makanan dan minuman
  • Perabot rumah
  • Peralatan hadiah
  • Peralatan pertanian
  • Emas & perhiasan
  • Barangan kosmetik
  • Aksesori telefon bimbit
  • Muslimah
  • Tudung 
  • Kasut
  • Textile
  • Permainan kanak-kanak
  • Jam
dan banyak lagi. Tak larat saya nak senaraikan satu persatu. Mungkin antara kategori yang saya senaraikan itu ada pembekal produk dropship untuk anda. Ini satu berita baik bagi penggemar buat duit secara online menggunakan kaedah dropship .

Usah risau, anda boleh pilih mana-mana kategori produk dropship kemudian cuba lakukan test market sama ada mendapat sambutan ataupun tidak produk tersebut. Jika ada sambutan yang menggalakkan, anda boleh cuba beli secara borong. Mungkin harga yang ditawarkan lebih murah. Pada masa yang sama anda boleh membuat keuntungan yang tinggi. Seronok !

Laman web yang menyediakan produk dropship dengan harga murah 

1. www.gdeal.com.my

Antara platform produk yang murah ditawarkan. Pembayaran yang mudah kerana ia menggunakan payment gateway. Saya juga ada membeli beberapa produk yang laku keras disini. Anda boleh terus order disini, penghantaran terus kepada pelanggan anda. Untuk pengetahuan, Gdeal memaparkan harga termasuk kos pos Semenanjung. Boleh dikira murah, manakala anda boleh buat untung lagi ? 

2. www.gomurah.com

Produk disini sangat banyak. Anda perlu daftar dahulu sebagai pengguna. Lepas tu kalau nak tahu harga kena submit quatation. Kat Gomurah ni boleh beli dengan kuantiti yang sedikit pada harga borong. Ini dah boleh jadi pembekal dropship anda. Ok, boleh masuk web Gomurah dan servei produk anda mahukan.


Jika anda mempunyai sedikit modal, apa kata anda borong sendiri barang niaga di TaoBao.com yang menawarkan pelbagai barangan isi rumah pada harga cun gitu. Sekarang, nak memborong di China dah mudah. Tak payah kesana pun boleh.. Dan anda boleh mark up 2x ganda apabila jual di Malaysia. Nak tau rahsia nya, Klik Sini

4. Anda mahu bergelar ushawan tudung

Apabila dah ada untung besar dalam dropship, anda boleh mencuba untuk membuat produk sendiri bermodalkan setakat termampu anda ada . Sendayu Tinggi Holding masa mula-mula menceburkan dalam perniagaan produk cuma bermodalkan RM400 sahaja, saya baca kat profil syarikatnya. Sekarang sudah jadi syarikat berprofil tinggi dengan outlet di setiap negeri dan beberapa syarikat baru.

5. Anda peniaga/usahawan dropship? Jangan ketinggalan membaca info dan maklumat berkaitan dropship secara asas di blog Dropship. Baca mengenai info dropship kat blog ni. Klik Sini

Sekian.